Bekas Jurutera Eksport Serbuk Ketum ke Eropah

PADANG BESAR- Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu.

rampasan serbuk ketum

Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini.

serbuk ketum1

“Semasa serbuan itu, turut dirampas sebuah kotak khidmat pos laju mengandungi 30 peket plastik lutsinar berisi serbuk ketum dan sebuah lagi kotak mengandungi 22 peket plastik lutsinar yang berisi bahan sama,” katanya semasa sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

serbuk ketum2

Ghazani berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, dan telah disambung lagi sehingga 9 November ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.Tambah beliau, suspek yang menggunakan perkhidmatan pos laju itu telah mengisytiharkan serbuk ketum itu sebagai ‘serbuk inai rambut’.

Sumber : Utusan Online 6 Nov 2017

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.