Bendera-Bendera Rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Setiap negeri mempunyai bendera-bendera rasmi yang digunakan untuk membezakan antara kerabat-kerabat Di Raja yang menggunakannya. Negeri Perlis juga mempunyai beberapa bendera rasmi yang digunakan oleh kerabat Di Raja yang biasanya dipamerkan pada tempat bersemayam atau kenderaan yang digunakan.

Antara bendera-bendera rasmi tersebut ialah:

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis

bendera raja

Bendera ini berlatar belakangkan warna KUNING. Lingkaran PADI dan PERISAI pula berwarna HIJAU. Bulatan padi dan huruf “Perlis” dalam tulisan jawi berwarna KUNING. Bendera ini di gunakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlus untuk tempat bersemayam dan motokar baginda.

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis

bendera raja perempuan

Lingkaran PADI dan PERISAI berwarna KUNING. Bulatan padi dan huruf “Perlis” dalam tulisan jawi berwarna HIJAU di atas latar belakang BIRU di penjuru atas sebelah kiri bendera berwarna yang KUNING. Bendera ini digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis untuk tempat bersemayam dan motokar baginda.

Bendera Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja

pemangku raja

Latar belakang bendera ini berwarna BIRU. Lingkaran PADI dan PERISAI pula berwarna KUNING. Bulatan padi dan huruf “Perlis” dalam tulisan jawi berwarna HIJAU. Bendera ini digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis pada kediaman dan motokar baginda.

Bendera Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda

raja muda

Lingkaran PADI dan PERISAI berwarna KUNING. Bulatan padi dan huruf “Perlis” dalam tulisan jawi pula berwarna HIJAU diatas perisai kuning di tengah bendera berwarna hijau. Tulisan DYTM Raja Muda Perlis berada di bawah lingkaran padi dan perisai. Warna bendera negeri melintang di bahagian bawah bendera ini. Bendera ini digunakan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada kediaman dan motokar baginda.

Bendera Rasmi Negeri Perlis

bendera perlis

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Alam Melayu, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara “Raja dengan Rakyat”. Bendera Negeri ini juga digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan Wakil-wakil Negeri di tempat kediaman dan motokar mereka.

Jata Negeri Perlis

Jata perlis

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.