Berkelah Santai Di Dalam Ladang Nipah

Ladang Nipah Kipli memang sudah terkenal di kalangan penduduk Negeri Perlis. Gerai makan yang terletak di dalam ladang nipah ini menjadi tarikan unik pengunjung dalam dan luar negeri Perlis.

Apabila datang ke negeri Perlis, pasti ramai yang mencari-cari ladang ini untuk menikmati hidangan dalam suasana yang nyaman. Memang suatu pengalaman yang tidak patut dilepaskan jika datang ke Perlis.

Suasana ladang

Ladang Nipah Kipli terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Ladang ini diusahakan oleh En. Kipli, yang memulakan ladang ini dengan menanam 1,000 anak pokok nipah yang disemainya sendiri di kawasan berpaya kira-kira 1.6 hektar di pinggir laut di Kuala Sanglang. Usahanya bermula pada tahun 2000 dan mulai 2005 nipah diusahakan En. Kipli mula menghasil air nira yang mempunyai keenakan rasa tersendiri berbanding nira nipah di tempat lain.

waktu operasi

Perusahaan nipah Kipli turut mendapat sokongan dan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MADA, FAMA dan Pejabat Pelancongan serta kerajaan negeri Perlis sendiri. Kini dengan bantuan isterinya, Rafilah Abdul Ghani serta dua anak mereka, En. Kipli menjalankan perusahaan `jus nipah’ atau `air nira’ di ladang nipahnya.

menu makanan

Gerai di dalam ladang ini menyediakan pelbagai makanan seperti laksa, bihun sup, mee rebus dan lain-lain lagi. Minuman yang menjadi menu utama semestinya nira nipah yang manis dan segar, disamping itu turut disediakan ais batu campur, cendol dan laicikang yang sering menjadi pilihan pengunjung. Selain itu, terdapat juga produk nira nipah lain yang di jual seperti cuka nipah dan jelly nira nipah. Gerai di sini menggunakankan konsep layan diri, jadi pengunjung harus mengingat nombor meja dan pergi memesan makanan sendiri di kaunter kerana tiada pelayan yang akan mengambil pesanan di meja makan.

khasiat nipah

Suasana nyaman dan tenang di ladang nipah ini menjadikan nira yang diminum begitu nikmat dan menyegarkan. Pondok-pondok atau gazebo turut disediakan untuk pelanggan menjamu selera. Terdapat juga “ndoi” atau buaian bagi yang ingin bersantai sambil menghirup udara segar ladang nipah yang redup.

buaian

Pengunjung dapat bersiar-siar di sekitar ladang ini melewati denai-denai kecil. Turut disediakan pondok yang dijadikan surau untuk kemudahan pengunjung yang ingin bersolat. Gerai dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan cuti pada hari Isnin. Waktu operasi gerai ini bermula dari jam 1.00 petang hingga jam 7.30 malam. Pada hari Jumaat, gerai di buka pada jam 2.30 petang.

denai

Jadi kepada yang ingin berkunjung ke sini, jangan lupa bawa wang lebih untuk menikmati pelbagai juadah enak dikelilingi suasana ladang yang nyaman. Jika sampai ke Kuala Sanglang, jangan segan silu bertanya posisi ladang ini, orang Perlis semua ramah-ramah. Di zaman moden ini, pengunjung yang ingin ke sini juga dapat menuju ke dstinasi dengan menggunakan koordinat GPS 6.268823, 100.184974.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.