Darjah-Darjah Dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis

Setiap negeri yang berdaulat di Negara ini mempunyai Darjah-Darjah dan Pingat kebesaran yang diberikan oleh Sultan atau Raja kepada rakyat yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negeri dan negara. Antara darjah-darjah yang dianugerahkan memberi gelaran tertentu kepada si penerima anugerah dan ada juga yang tidak memberikan apa-apa gelaran.

pingat

Negeri Perlis juga tidak terkecuali, sebagai sebuah negeri yang berdaulat, sebenarnya banyak Darjah-Darjah dan Pingat kebesaran yang pernah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda. Antara Darjah-Darjah dan Pingat kebesaran itu ialah :

DARJAH KERABAT DI RAJA PERLIS
SINGKATANNYA (D.K.P)

kerabat diraja
Dizahirkan pada 17 Mei 2001. Darjah ini tidak membawa apa-apa gelaran. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Dizahirkan khususnya dan dikurniakan hanya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

DARJAH KERABAT BAGINDA TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.K.)

kebrabat baginda
Dizahirkan pada 21 September 1965. Penerima kurnia bagi Darjah ini tidak membawa apa-apa gelaran. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana dikurniakan kepada DYMM RajaRaja, Kerabat-Kerabat Diraja Perlis yang kanan serta pihak tertentu atas limpah perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis.

DARJAH DATO’ BENDAHARA SERI JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.B.S.J.)

bendahara
Dizahirkan pada tahun 2006. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Darjah ini dikurniakan atas perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. Darjah ini adalah merupakan penghormatan yang sangat tinggi kepada penerima. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Diraja Bendahara Negara.

DARJAH SERI SETIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (S.S.S.J.)

seri setia tuanku
Dizahirkan pada 17 Mei 2001. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Darjah ini dikurniakan kepada Kerabat-Kerabat Diraja Perlis dan juga kepada pihak-pihak tertentu atas limpah perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

DARJAH SETIA PADUKA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (S.P.S.J.)

setia paduka
Dizahirkan pada tahun 2005. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Setia Diraja.

DARJAH PADUKA MAHKOTA PERLIS
SINGKATANNYA (S.P.M.P.)

paduka mahkota
Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri.

DARJAH DATO’ SETIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.S.S.J.)

setia tuanku
Dizahirkan pada 17 Mei 2001. Darjah ini dikurniakan kepada Kerabat-Kerabat Diraja dan juga kepada pihak-pihak tertentu atas limpah perkenan Ke bawah DYMM Tuanku Raja Perlis. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Paduka.

DARJAH DATO’ WIRA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.W.S.J.)

dato wira
Dizahirkan pada tahun 2005. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada Negeri Perlis. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Wira.

DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERLIS
SINGKATANNYA (D.P.M.P.)

dato paduka
Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Bintang, Selepang, dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’.

DARJAH DATO’ SETIA PADUKA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.S.P.J)

dato setia paduka
Dizahirkan pada tahun 2005. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’.

DARJAH DATO’ PANGLIMA SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
SINGKATANNYA (D.P.S.J.)

dato panglima
Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’.

DARJAH DATO’ BERGELAR
dato bergelar
Dizahirkan pada 27 Disember 1978. Pengurniaan Dato’ Bergelar membawa gelaran mengikut pengurniaan itu sendiri. Antara Dato’ bergelar yang telah diperkenankan diwujudkan adalah seperti berikut.

  1. Dato’ Kurnia Bakti
  2. Dato’ Indera Perkasa
  3. Dato’ Setia Bentara
  4. Dato’ Indera Jaya
  5. Dato’ Indera pahlawan
  6. Dato’ Lela Perkasa
  7. Dato’ Alim Panglima
  8. Dato’ Kaya Bakti
  9. Dato’ Setia Jaya
  10. Dato’ Alim Setia

DARJAH SETIA MAHKOTA PERLIS
SINGKATANNYA (S.M.P)

setia mahkota
Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Lencana Leher.

DARJAH SERI SIRAJUDDIN PERLIS
SINGKATANNYA (S.S.P)

seri sirajuddin
Dizahirkan pada tahun 2005. Darjah ini mengandungi Lencana Leher dan dikurnikan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan berjasa kepada Negeri Perlis.

DARJAH AHLI MAHKOTA PERLIS
SINGKATANNYA (A.M.P)

ahli mahkota
Dizahirkan pada 27 Jun 1971. Darjah ini mengandungi Pingat. Darjah dikurniakan kepada mereka yang memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perlis. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT MAHKOTA PERLIS
SINGKATANNYA (P.M.P)

pingat mahkota
Dizahirkan pada 22 Jun 1995. Pingat ini dikurniakan kepada sesiapa yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perlis. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT KEBERANIAN HANDAL
SINGKATANNYA (P.K.H)

keberanian handal
Dizahirkan pada 22 Ogos 1953. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa di dalam Negeri Perlis yang telah menunjukkan keberanian handal di dalam kejadian yang sangat-sangat membahayakan dirinya. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT PEKERTI TERPILIH
SINGKATANNYA (P.P.T)

pekerti terpilih
Dizahirkan pada 18 Ogos 1960. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan di dalam Negeri Perlis ini sesuatu perbuatan atau beberapa perbuatan pekerti yang terpilih di dalam keadaan yang membahayakan dirinya. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT JASA KEBAKTIAN
SINGKATANNYA (P.J.K)

jasa kebaktian
Dizahirkan pada 22 Oktober 1953. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan jasa kebaktian kepada Negeri Perlis. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT JASA BAIK
SINGKATANNYA (P.J.B)

jasa baik
Dizahirkan pada 30 Jun 1968. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan taat kepada Negeri Perlis. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PINGAT PERKHIDMATAN LAMA
SINGKATANNYA (P.P.L)

perkhidmatan lama
Dizahirkan pada 4 Julai 1962. Pingat ini diberi kepada PegawaiPegawai Kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang melebihi 25 tahun. Pingat yang disebelah kiri adalah untuk wanita.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.