Durian Baka Baru Perlis : ASFA50

Selain dari buah manga harumanis yang menjadi kebanggaan pertanian Negeri Perlis, kini terdapat satu lagi raja buah kacuk(hybrid) yang bakal menjadi salah satu produk kebanggaan pertanian Negeri Perlis iaitu durian ASFA50.

buah3

Mungkin dikalangan pembaca orangperlis.com sering mendengar durian Musang King, udang merah, duri hitam dan D24, namun ASFA50 masih lagi kedengaran asing. Sebenarnya ASFA50 adalah merupakan baka durian hybrid yang baru yang terhasil dari beberapa kali penyelidikan dan kacukan yang mengambil masa beberapa tahun. Ini menjadikan ia baka yang unik kerana mempunyai banyak ciri-ciri yang unggul selain dikatakan mempunyai daya tahan yang tinggi.

buah1

Pewartaan spesies Durian ASFA50 ini telah dilakukan pada 17 Mei 2017 lalu oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid di Kangar sempena ulang tahun perkahwinan baginda yang ke 50 dan hari keputeraan baginda yang ke 74. ASFA50 adalah singkatan dari ‘Annivesary Sirajuddin Fauziah of the 50th‘.

raja4

Durian ini mempunyai Isi yang tebal. Bau juga katanya tidak sekuat durian biasa maka jika dimakan, kita tidak perlu khawatir bau mulut yang tidak menyenangkan orang di sebelah kita. Rasa isinya juga berlemak diseimbangkan dengan kemanisannya tidak terlalu manis.

buah2i

Antara ciri-ciri unik baka baru Durian ASFA50 ialah:

  • Akar Tunjangnya dikatakan tidak merosak bangunan sekitar.
  • Tingginya sekitar 8 -12 kaki sahaja jika dibandingkan dengan pokok durian yang lain sekitar 30 kaki.
  • Ia dapat Berbuah dalam masa 3 tahun berbanding pokok durian yang lain yang memerlukan masa 8 hingga 9 tahun.
  • raja3

  • Pokok durian ini juga dikatakan mampu untuk berbuah 2 kali setahun.
  • Untuk penanaman komersil, ia dapat ditanam dengan jarak 5 meter antara satu sama lain dibandingkan pokok durian biasa yang memerlukan jarak 10 – 12 meter.
  • Kandungan gas dalam buah durian ini juga 80% lebih rendah dibandingkan durian biasa.
  • Pokok ini dapat di tanam hanya dalam pasu yang besar dan dapat ditempatkan di kawasan rumah yang terhad.

raja & durian

Sangat menarik ciri-ciri buah dunian ASFA50 ni. Jadi bagi penggemar durian yang ingin menanam pokok durian ini boleh lah menghubungi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis untuk mendapatkan anak pokok dan maklumat lanjut mengenai ASFA50 ini. Semoga ASFA50 dapat menjadi produk pertanian Negeri Perlis yang membanggakan suatu hari nanti. InsyaAllah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.