Hospital Padang Besar Bakal Di Bina 2018

KANGAR, 21 Nov – Kerajaan meluluskan pembinaan Hospital Daerah Padang Besar bernilai lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

drsubramaniam

Beliau berkata peruntukan untuk projek itu sudah disediakan, manakala tender telah dikeluarkan dan pemilihan kontraktor dijangka selesai awal tahun depan.

“Projek ini bukan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana telah dilulus dan pasti dilaksanakan,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC, ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali peringkat Perlis di Dewan Warisan di sini, malam ini. Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

pdg_2

Pembinaan hospital tersebut dirancang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun tertunda sehingga menjadi isu dan beberapa kali dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Hospital itu juga akan menjadi keperluan untuk menyokong pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping sebagai kawasan industri teknologi hijau dalam RMK-11.

hosp_tuanku_fauziah

Pada masa sekarang, Hospital Tuanku Fauziah di Kangar adalah merupakan satu-satunya hospital di negeri Perlis ini. Diharapkan semoga pembinaan Hospital Padang Besar ini akan betul-betul dilaksanakan untuk kemudahan rakyat negeri ini bukan sekadar janji palsu. InsyaAllah.

Sumber : BERNAMA

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.