Jelmaan Entiti di Sekitar Perlis

Pada artikel sebelum ini, Kelibat Langsiaq Di Kuala Perlis, kita telah melihat lembaga yang dikatakan “langsiaq” berjaya dirakam. Walaupun makhluk-makhluk ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar, namun ternyata entiti-entiti ini dapat dirakam dan mewujudkan diri di hadapan kamera. Terdapat beberapa video yang diambil di sekitar negeri Perlis berjaya merakam entiti-entiti ini. Adakah yang terakam ini benar-benar jelmaan makhluk ghaib?

Politeknik Arau
Terdapat dua video entity yang di rakam pada 2011 bertempat di lokasi yang dikatakan di Politeknik Arau ini. Video tersebut dirakam di dalam salah satu tandas di bangunan politeknik itu. Tidak dinatikan tandas memang merupakan rumah mahkluk-makhluk syaitan ni. Dalam video tersebut terlihat entiti hitam yang seperti sengaja menampakkan diri di hadapan kamera selama lebih dari 1 minit. Adakah ia hanyalah serangga yang berada di permukaan lensa kamera?

Video kedua pula di rakam di kawasan semak, tidak dinyatakan di mana lokasi semak tersebut namun dikatakan masih di kawasan Politeknik Arau ini. Terdapat seakan-akan entiti hitam yang sama namun hanya sebentar muncul di hadapan kamera.

Koleh komuniti Arau
Entiti yang di rakam pada 2012 ini dinyatakan sebagai pocong. Ia kelihatan seperti objek puith yang terawang-awang di atas bangunan Kolej Komuniti Arau yang setinggi 5 tingkat. Video ini dikatakan dirakam oleh seorang pelanggan gerai makanan yang berada berhadapan bangunan Kolej Komuniti Arau seberang lintasan jalan Tambun Tulang. Adakah ianya cuma drone? Namun pergerakkannya sangat lincah.

Tidak dimungkiri terdapat makhluk halus di sekitar kita cuma tidak semua dari manusia diberikan kelebihan untuk melihat makhluk alam ghaib ini. Makhluk-makhluk ini sememangnya telah berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam. Namun kita tidak seharusnya gentar kerana kita punya Tuhan yang lebih berkuasa untuk melindungi kita.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.