Kelibat Langsiaq Di Kuala Perlis

Video yang dikatakan berlaku di highway Kuala Perlis-Changloon ini dirakam pada tahun 2012. Video yang berdurasi 26 saat ini dikatakan dirakam pada jam 4 pagi. Tidak diketahui apa tujuan perakam video ini melalui highway tersebut pada jam dinihari tersebut, tetapi keadaan jalan memang sangat lengang.

frame1

Terlihat dalam video tersebut kelibat kain putih di tengah-tengah jalan dan kemudian terbang ke atas apabila didekati kereta yang di pandu ke arahnya. Dari tajuk video ini mungkin yang merakamnya adalah mahasiswa/siswi UiTM yang bernama Zul dan Sab. Mereka dikatakan telah terlihat entiti tersebut sebelumnya dan berpatah balik dua kali untuk merakam entiti tersebut. Adakah entiti tersebut adalah langsiaq (Puntianak/Langsuyar)?

lansiaq2

Memang berani anak-anak muda ini, kalau admin mesti dah pecut tekan minyak full throttle kalau tersempak entiti ni. Depa boleh pulak patah balik nak pi rakam. Teringat kisah kawan admin di sebuah taman perumahan di Kedah dulu. Beliau bersama abangnya naik kereta ingin pulang dari rumah kakak mereka sekitar jam 4-5 pagi juga. Sampai di satu selekoh dalam taman tu, beliau ternampak seorang perempuan berpakaian putih berdiri di depan rumah. Beliau sangka makcik yang nak keluar pergi surau solat Subuh berjamaah, tapi terlalu awal juga, masih lambat nak masuk waktu subuh.

Kereta yang dipandu abangnya melintasi depan perempuan tersebut, beliau tidak berani melihat ke arah perempuan itu. Beliau merasa lega apabila melewati perempuan tersebut. Beliau cuba melihat melalui cermin pandang belakang, dan terkejut perempuan tersebut mengekori belakang kereta mereka..! Wajah perempuan tersebut tidak jelas kelihatan.
Beliau berdiam diri, sambil baca ayat suci Al-Quran, dan tidak menceritakan hal tersebut kepada abangnya, kerana abangnya juga berdiam diri, beliau menyangka abangnya tidak melihat kelibat perempuan tersebut.

lansiaq1

Apabila sampai di simpang tiga untuk keluar dari kawasan perumahan itu ke jalan besar, kelibat perempuan itu tidak lagi mengekori kereta mereka. Apabila tiba di rumah, beliau tidak bercerita tentang apa yang dilihat kepada abangnya, malah bersembang mengenai topik lain untuk menghilangkan rasa takut.

Pada keesokan harinya , baru beliau menceritakan apa yang berlaku kepada abangnya, dan yang mengejutkan sebenarnya abangnya juga melihat kelibat perempuan itu mengekori kereta mereka..! Tapi abangnya turut memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu beliau merasa takut. Fuh..memang seram.

puntianak

Memang tidak dinafikan entiti-entiti ni semua makhluk-Nya. Sememangnya syaitan dan jin ni bertujuan nak menakutkan dan menyesatkan anak cucu Adam. Berbagai macam cara mereka gunakan untuk memalingkan anak cucu Adam dari jalan yang lurus. Maka mari kita isi rohani kita dengan ilmu-ilmu agama dari Al-Quran & Sunnah agar tidak terpesong insyaAllah. Merdekakan diri kita dari kepercayaan khurafat dan tahyul yang menyesatkan.

Kapa pembaca orangperlis pernah tersempak apa-apa entity di highway Kuala Perlis-Changloon ni? Kongsi sikit pengalaman. Sapa berani, jom tengok video lansiaq yang berjaya dirakam ni.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.