Kolam Renang KSTSP Dibuka Untuk Awam

Penantian penduduk negeri Perlis untuk beriadah di Kolam Renang di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra (KSTSP) akhirnya tercapai. Kompleks Renang ini telah dibina untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ke XVII pada 2014 dulu pernah terpalit kontroversi apabila bumbung kanvasnya runtuh.

bumbung runtuh

Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang 4 jam acara terjun berlangsung setelah hujan selama 10 minit di Kangar. Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan serta angin kuat berhenti dan bumbung kanvas itu dibuka.

kolam 2

Sekarang, kolam renang ini dapat digunakan oleh orang awam untuk beriadah. Kolam ini akan dibuka untuk orang ramai bermula pada 2/10/2017, Isnin. Waktu operasi kolam renang ini adalah pada jam 4.00 ptg hingga 7.00 ptg.Terdapat peraturan-peraturan yang harus dipatuhi dan semua pengguna perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.

peraturan

Pihak pengurusan berhak untuk tidak membenarkan pengguna yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. Bagi pengunjung yang ingin berenang di kolam ini akan dikenakan cas yang telah ditetapkan.

cas kolam

kolam4

Semoga dengan dibukanya kolam renang ini, orang ramai dapat menjadikan sukan berenang sebagai salah satu aktiviti riadah dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan dan kebersihan tempat ini agar dpat memberikan manfaat kepada orang lain.

Kredit Foto : Alif Malek via FB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.