Pasar Terapung Negeri Perlis

Rakyat Malaysia tidak perlu lagi pergi jauh ke Hatyai untuk merasai pengalaman berbelanja di pasar terapung kerana kini sudah terdapat pasar terapung di negara ini iaitu di Negeri Perlis.

‘Floating Market’ atau pasar terapung ini telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada pagi hari ini, Ahad, 23 September 2018.

raja muda rasmi

Pasar terapung ini masih pada peringkat permulaan. Menurut perencanaan, pasar terapung ini akan mengadakan jualan pada setiap hujung minggu bermula pada 8.30 pagi hingga jam 1 petang. Jualan pada sebelah petang turut akan diadakan dua kali sebulan. Lokasi pasar terapung ini terletak di pinggir Sungai Perlis, di Pengkalan Tok Kuning, iaitu di Kampung Almarhum Kayang.

terapung 2

Kampung ini terletak lebih kurang 5km dari bandar Kangar dan tidak jauh dari Muzium Kota Kayang. Berbagai jenis makanan serta minuman yang enak dijual di sini.Pada hari ini turut diakan ‘River Cruise’ Sungai Perlis yang membawa penumpang menelusuri Sungai Perlis selama 1 jam.

terapung 3

Bilangan penjual masih diperingkat permulaan namun sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat menggalakkan pada hari ini. Diharapkan selepas ini lebih banyak para penjual akan turut serta merancakkan suasana pasar terapung ini. Jika sambutan terus menggalakkan, mungkin prasarana di sini akan ditambah baik dan dapat dijadikan produk pelancongan yang dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke Negeri Perlis.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.