Perlis Pernah Mempunyai Landasan Udara

Pasti ramai dikalangan pembaca orangperlis.com masih terkenang nostalgia manis Karnival Udara yang pernah diadakan di Landasan Terbang Sungai Batu Pahat dulu. Perlis pernah mempunyai landasan terbang? Ya. Mungkin terdapat dikalangan pembaca yang tidak percaya sebenarnya dulu Sungai Batu Pahat pernah hingar dengan pertunjukkan pesawat microlight.

festival2

Acara itu diadakan setiap tahun bermula pada tahun 1995 dimana Karnival Udara Microlight Perlis diadakan sempena pembukaan sekolah penerbangan microlight pertama di negeri ini. Ya. Sekolah Penerbangan Microlight yang mempunyai clubhouse, hanger dan asrama untuk pelajar.

festival1

Pada tahun 1997, The Great Malaysian Air Rally di adakan di Langkawi dan kira-kira 60 pesawat ringan singgah Landasan Terbang Sungai Batu Pahat ini sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Langkawi. Demontrasi pesawat ringan ketika itu sangat mengujakan pengunjung yang hadir.

fesatival3

Karnival udara itu menjadi pesta rakyat sehinggakan terdapat kanak-kanak sanggup berkonvoi berbasikal ke Sungai Batu Pahat semata-mata untuk menyaksikan karnival ini. Sungguh menggamit memori.Obsesi kerajaan Negeri Perlis ketika itu terhadap bidang penerbangan microlight tidak terhenti setakat penganjuran karnival udara sahaja, malah pernah ditubuhkan Air Scout atau Pengakap Udara di sekolah-sekolah untuk menarik minat pelajar.

uniform pengakap

Waktu itu sememangnya ramai pelajar yang teruja untuk menyertai Pengakap Udara ini apalagi setelah melihat aksi-aksi pertunjukan pesawat microlight yang mengagumkan. Walaupun Pasukan Pengakap Udara sudah ditubuhkan di beberapa negeri ketika itu, namun begitu, terdapat juga ura-ura bahawa Pengakap Udara yang ditubuhkan di Perlis ketika itu tidak diiktiraf. Wallahualam.

air scout

Kini semuanya tinggal menjadi kenangan manis, semanis harumanis yang menjadi produk kebaanggaan negeri Perlis. Iya,setelah Sekolah Penerbangan Microlight ditutup, landasan terbang ini dulu pernah dijadikan tempat semaian anak pokok cili pada akhir tahun 2007 untuk Projek Sejuta Polibeg Cili Merah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk melahirkan usahawan tanaman cili di Perlis.

ldsn kini1

ldsn kini2

Sekarang, tapak landasan terbang itu telah dijadikan ladang harumanis kebanggaan Negeri Perlis. Walaupun tiada lagi acara karnival udara di negeri ini, pelbagai karnival lain diadakan yang menjadi acara tahunan pesta rakyat seperti Pesta Angin Timur dan Pesta Air Kuala Perlis. Mungkinkah akan terwujudnya lapangan terbang di Negeri Perlis ini seperti yang pernah dicanang pada 1996?

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.