Pesta Air Kuala Perlis

Usaha kerajaan Perlis menganjurkan Pesta Air Kuala Perlis harus disokong dan diberikan pujian. Aktiviti tradisi yang diadakan sememangnya perlu diberi nafas baharu bagi menjamin ia terus hidup dan tidak dilupai dalam menghadapi lambakan dan pengaruh budaya asing masa kini yang menghakis budaya tradisi.

sukan air1

Pesta Air Tradisional Kuala Perlis telah lama diadakan tetapi terhenti sejak 2009, tetapi ia kembali diadakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara tahunan di Kuala Perlis sehingga tahun ini. Aktiviti seperti ini sememangnya dapat menyemarakkan kesenian permainan tradisional negeri Perlis, memupuk semangat gotong-royong dan memberi peluang kepada generasi muda untuk mengambil bahagian dalam kegembiraan permainan tradisi negeri perlis.

sukan air2

banner pesta

Tahun ini Pesta Air Kuala Perlis akan diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.(LKIM) Kuala Perlis. Antara acara yang bakal dipertandingkan adalah Pertandingan Perahu yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu 12 pendayung, 14 pendayung dan 20 pendayung Jabatan/Agensi. Terdapat juga acara sukan rakyat seperti pukul bantal dan panjat batang pinang. Turut hadir artis jemputan dan juga persembahan kebudayaan.

sukan air3

Jom kita pakat-pakat pi ramai-ramai memeriahkan acara Pesta Air Kuala Perlis tahun ini. Sambutan pada tahun lepas juga sangat menggalakkan. Bahang pertandingan semakin terasa. Para peserta pertandingan perahu juga kelihatan telah mulai melakukan sesi latihan dengan begitu semangat. Semoga mereka dapat menpamerkan aksi yang terbaik nanti.

Sumber : FB Tourism of Perlis Official

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.