Pesta Mentarang Di Kuala Perlis

Persisiran pantai Kuala Perlis yang berselut mulai dikerumuni penduduk tempatan mencari mentarang, sejenis siput laut yang bercangkerang nipis. Pernahkah anda mencuba masakan mentarang? Tidak sah orang datang melawat Perlis kalau tidak mencicipi keenakan mentarang ini.

Mentarang dijual di sekitar pesisir pantai

Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis adalah spesies hidupan laut yang bercengkerang nipis,
dan biasanya gemar berada di air bersuhu rendah. Ia biasanya muncul di pantai berselut lebih kurang 2km
dari tepi pantai.

Penduduk mencari mentarang

Pencari mentarang biasanya keluar mencari mentarang pada waktu air surut, biasanya di sebelah pagi. Pada musim mentarang sekarang ini, rata-rata pencari mentarang mendapat hasil yang sangat lumayan, ada yang mendapat 30kg dalam tempoh mencari kira-kira 2 jam.

Mentarang rebus

Banyak restoran di sekitar Kuala Perlis menyediakan berbagai jenis menu masakan mentarang. Sebut saja mahu jenis masakan yang mana; mentarang bakar, mentarang masak manis, tomyam mentarang, mentarang goreng pedas dan bermacam-macam lagi.

Mentarang goreng pedas

Isi mentarang yang manis menjadikan ia digemari ramai. Bagi yang ingin memasak sendiri, pastikan anda telah bersihkan betul-betul mentarang dari kotoran selut. Kalau termakan selut, boleh menyebabkan keracunan makanan. Bagaimana dengan anda? Masakan mentarang yang mana satu menjadi pilihan? Bagi yang belum pernah mencuba mentarang, jom ke Kuala Perlis, anda harus mencubanya.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.