Raja Muda Perlis Menyantuni Pelarian Rohingya

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membina lima masjid dan puluhan telaga di kawasan kem pelarian Rohingya Cox’s Bazar di Bangladesh. Muftinya Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang membuat lawatan ke kem itu berkenan merasmikan pembukaan masjid tersebut malam tadi.

raja muda2

Catatan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Asri menyatakan beliau amat kagum dengan sambutan yang diberikan oleh pelarian yang hadir beramai-ramai untuk solat berjemaah di masjid itu. Beliau turut memberi tazkirah kepada mereka yang hadir menggunakan bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa yang lebih difahami masyarakat Rohingya.

masjid2

“Apabila saya membaca ayat-ayat suci al-Quran dan meminta mereka respons dengan ayat-ayat yang dibaca, mereka menyambung bacaan dengan baik.”

masjid5

“Ini bermakna walaupun hidup dalam penuh penderitaan dan kesengsaraan, mereka tidak pernah tinggal membaca al-Quran,” kata Asri dalam catatannya itu.”

mufti3

Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Nor serta pemimpin beberapa badan sukarela lain yang mengiringi Raja Muda yang juga Yang Dipertua MAIPs dalam lawatan dua hari itu ke kawasan tersebut. Sumbangan segera buat pelarian di situ ialah bekalan makanan, di samping merancang untuk membantu hospital di Cox’s Bazar yang terlalu daif dan serba kekurangan.

telaga1

“Keadaan di hospital tersebut amat menyedihkan dan menyayat hati. Ruang dan kemampuan hospital sangat terhad sedangkan ia terpaksa menampung jumlah pesakit yang berlipat ganda,” katanya.

fb drmaza

“Jika mereka yang demikian keadaan masih baca al-Quran dan datang ke masjid, bagaimana pula kita yang tenggelam dalam banyak nikmat ini?” Pertanyaan yang wajib kita semua renung dan bermuhasabah diri.

Sumber :

  1. Sinar Harian 16 Oktober 2017
  2. FB DrMAZA.com
Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.