Remaja Lelaki Maut Terjatuh di Asrama Perempuan UniMAP

PADANG BESAR – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Kolej Kediaman Kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Uniciti Alam, Sungai Chucuh di sini awal pagi 19 Oktober 2017 kelmarin.

Mangsa yang berusia 22 tahun dan berasal dari Perak itu ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat bawah kediaman pelajar wanita oleh pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.30 pagi hari ini.

lelaki maut

Menurut sumber, pengawal keselamatan memeriksa lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan beberapa pelajar yang terdengar bunyi seperti objek terhempas.

“Difahamkan mangsa yang menuntut di sebuah universiti awam di Selatan Semenanjung Malaysia ke kolej berkenaan untuk berjumpa rakannya yang tidak dapat pulang bercuti sempena perayaan Deepavali,” katanya.

laki maut

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian trajis itu. Kejadian tragis remaja lelaki terjatuh sehingga maut di bangunan Kolej Kediaman Uniciti Alam merupakan yang kedua pada tahun ini. Kes pertama berlaku pada 19 April lalu yang mengorbankan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun universiti itu.

Sumber
Kosmo 19 Oktober 2017

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.