Tarikan Baru Hutan Lipur Bukit Ayer

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan sungai yang dikelilingi hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk meluangkan masa untuk bereakreasi bersama keluarga. Air sungai yang dingin dan jernih sangat menyegarkan, ditambah dengan panorama hutan tropika serta air terjun yang mengalir ke dalam kolam menjadikannya satu lokasi yang ideal untuk berkelah dan berehat.

Air terjun Hutan Lipur Bukit Ayer yang mempersona

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 13km dari bandar Kangar. Berbagai kemudahan disediakan di sini diantaranya pusat penerangann, chalet,tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan parkir. Tapak perkhemahan yang dilengkapi kemudahan memasak mampu menampung seramai 100 orang. Kemudahan ini menjadikan kawasan Hutan Lipur Bukit Ayer sering digunakan sebagai lokasi aktiviti barbeque (BBQ) keluarga dan pelajar-pelajar universiti.

Bertambah ceria setelah penyelenggaraan

Suasana yang nyaman dan tenang sememangnya menenangkan jiwa. Pengunjung dapat menenangkan fikiran sambil melihat kehijauan alam semulajadi dan bermuhasabah diri dengan kata-kata ‘Renungan’ yang ditulis di papan tanda sekitar kawasan hutan lipur ini.

Nasihat-menasihati dengan kebaikan dan kesabaran

Kawasan hutan lipur ini sekarang masih sedang diselengara, namun pengunjung masih boleh melakukan aktiviti rekreasi di sini. Kini terdapat kolam mandi yang baru dibina, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Terdapat laluan gelongsor seakan taman tema air, yang dialiri air sungai, sangat menarik dan menyeronokkan. Ayuh bawa keluarga anda berkelah di Hutan lipur BUkit Ayer, mencuba permainan baru pasti sangat mengujakan anak-anak anda.

Kolam air baru yang menyeronokkan

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.