UniMAP Cemerlang Di Jerman

KANGAR – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila menempah kejayaan lagi pada International Trade Fair Ideas Invention New Product (IENA) 2017 di Nuremberg, Jerman baru-baru ini.

anugerah jerman

Pengurus CEGeoGTech Unimap, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, keunikan produk penyelidikan dan inovasi Unimap telah menawan hati juri sehingga memperoleh pingat emas menerusi produk inovasi Dr. Zarina Yahya iaitu ‘Geopolymer Concrete for Underwater Concreting’ dan Dr. Muhammad Mahyiddin Ramli pula dengan ‘Portable Room Temperature Gas Sensor Utilizing rGO’.

geopolimer unimap

Beliau berkata, kedua-dua produk ini juga mendapat pengiktirafan berganda apabila meraih ‘China Special Award’ dan ‘Polish Special Award’ manakala seorang lagi penyelidik CEGeoGTech, Dr. Rafiza Abdul Razak meraih pi­ngat perak menerusi penyelidikan ‘Ste­el Fiber Reinforced Fly Ash Geo­polymer Concrete for Slee­pers Application’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Secara tidak langsung, kejayaan ini diharap mampu menjadi suntikan semangat buat semua penyelidik muda di Unimap untuk terus menjalankan kajian penyelidikan yang memberikan manfaat dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Malaysia turut menjadi pe­nganjur bersama IENA 2017 yang disertai lebih 35 buah negara termasuk Jerman, Amerika Syarikat, China, India, Poland, Bosnia, Moldova, Romania, Angola, Indonesia, Korea, Iran, Kuwait, Arab Saudi, Turki, United Kingdom, Iraq dan Taiwan dengan membabitkan lebih 850 produk penyelidikan.

anugerah poland

Beliau berkata, penyertaan IENA 2017 turut membuka peluang buat penyelidik CEGeoGTech Unimap mengembangkan idea penyelidikan untuk bekerjasama dengan penyelidik antarabangsa lainnya selaras dengan program Joint Funding EU – Southeast Asia.

“Malaysia baru-baru ini telah diterima sebagai salah satu negara dalam Joint Funding EU – Southeast Asia bagi tahun 2018 dan ia sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua penyelidik Universiti Awam (UA) dan swasta negara ini,” jelasnya.

Sumber : Utusan Online 7 Nov 2017

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.